Sejarah Stesen MRT Cantonment

Stesen ini pertama kali diumumkan pada 29 Oktober 2015 sebagai sebahagian daripada Tahap 6 laluan MRT Circle di Singapura.[3] Kontrak 885 untuk pembinaan stesen Prince Edward dan terowong yang berkaitan telah diberikan kepada China State Construction Engineering Corporation Limited (Cawangan Singapura) pada jumlah mencecah S$205 juta (AS$ 148.45 juta) pada November 2017. Pembinaan bermula pada tahun 2017 dan kemungkinan akan siap pada tahun 2026.[4][5][6] Pada November 2017, struktur kanopi platform kereta api lama telah dipindahkan untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan stesen ke kawasan pemulihan yang berhampiran.[7] Pada Mac 2018, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah menghapuskan sementara sebahagian daripada platform di stesen keretapi Tanjong Pagar untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen MRT Cantonment dan sedang bekerjasama dengan perunding warisan dan ahli komuniti warisan dalam penyelesaianuntuk platform yang mungkin terjejas.[3][6][8][9]

Rujukan

WikiPedia: Stesen MRT Cantonment https://www.lta.gov.sg/content/ltagov/en/newsroom/... https://web.archive.org/web/20200715102858/https:/... http://www.mot.gov.sg/news-centre/news/Detail/spee... https://www.lta.gov.sg/content/ltagov/en/newsroom/... https://web.archive.org/web/20200515132905/https:/... https://web.archive.org/web/20190920031901/https:/... https://www.straitstimes.com/singapore/transport/c... https://www.lta.gov.sg/content/ltagov/en/newsroom/... https://web.archive.org/web/20201030115010/https:/... https://www.lta.gov.sg/content/ltagov/en/upcoming_...